Selamat datang ke Pyra Wholistik Nusantara. Memperkenalkan pusat rawatan kami bertempat di Bangi, Selangor, menyediakan rawatan alternatif (holistik) dan dapatkan produk-produk kesihatan berasaskan alam semulajadi. Dijemput saudara-saudari dan kawan-kawan semua untuk memanafaatkan informasi di sini atau berkongsi pendapat, komen, idea atau pengalaman sendiri dalam rawatan alternatif. Tak kira lah apa jenis rawatan alternatif tu samada dari segi ubat-ubatan traditional, petua, urutan, acupunture, meditasi, ayat-ayat Al-Quran atau lain-lain. Bukanlah nak tolak terus dari berjumpa doktor atau pakar perubatan....tapi kalau dah dapat rawatan berkali-kali dan makan berjenis-jenis ubat dari doktor tapi tak ada perubahan, apasalahnya ikhtiar cara lain pulak.. yang penting berusaha untuk kebaikan diri sendiri.

Gallery

Health Talk on Alternative Medicine, MAS AYU by Prof Dr Ananda Krishnan, in the present of Puan Furizat Yahya CEO Dimesoft Sdn Bhd.
Date : 7th May 2010
Location : Bandar Seri Putera


Dr AK (middle), Puan Muzlina (right) and Puan Aziza from Pyra Wholistik Nusantara.

Dr Furizat (left), starting off the session.

Bertekad untuk mencari alternatif lain merawat berjenis-jenis penyakit, Dr Ananda Krishnan telah meninggalkan 20 tahun kariernya di famarsi hospital, Kementerian Kesihatan. Cetusan idea beliau tentang keistimewaan rempah ratus tempatan berasaskan cara kehidupan masyarakat Melayu dan India dimana beliau dibesarkan. Telah terbukti rempah ratus sebati dengan manusia dan selamat digunakan sebagai warisan tradisi sejak beribu-ribu tahun dahulu. Usaha beliau tidak sia-sia kerana telah berjaya menghasilkan lebih daripada 20 resepi kesihatan berasaskan rempah ratus tempatan yang telah melalui proses penyelidikan selama 10 tahun mengikuti cara penilaian teknologi kesihatan (Health Technology Assessment). Hasil produknya kini telah digunapakai oleh lebih 70,000 pengguna yang telah mengecapi kesihatan yang terkawal dan memuaskan.

Formula rempah ratus ini telah dirumus bukan sahaja untuk merawat pelbagai penyakit tetapi penting untuk meninggikan taraf kesihatan badan ke suatu Tahap Pencegahan Penyakit atau "Disease Refusal State (DRS)". Ribuan agen bioaktif dalam rempah ratus akan memulihkan ketidakseimbangan badan untuk mencapai keimunan badan yang optimum untuk mencegah penyakit.  . Kandungan formula yang selamat dan sesuai untuk organ dalaman tubuh manusia telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malasiaa dan Health Sciences' Singapura. Produk ini juga telah mendapat pengesahan dari Biro Kawalan Farmasiutikal Kebangsaan, pengesahan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malayisa dan Biro Kawalan Mutu Makanan, Malaysia.