Semakin banyak produk kosmetik di pasaran tempatan maupun luar negeri yang mengaku produk yang berasaskan 'alamsemulajadi' atau 'natural'. Persoalan timbul sejauh mana kebenarannya. Adakah badan-badan tertentu yang boleh mengesahkan dan menggariskan standard dan panduan sejauhmana sesuatu produk itu 'natural' mesra alam?
Seperti yang dipersoalkan oleh sebuah web 'Green Being' adakah produk yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan yang tidak dicemari racun serangga atau baja kimia sudah cukup memberi lesen kepada pengeluar-pengeluar produk mempromosikan produk mereka sebagai mesra alam, 'natural' atau 'organic'?
Web tersebut juga mengecam penggunaan kelapa sawit sebagai bahan kosmetik terutamanya sabun. Katanya industri kosmetik menggunakan 6-7% minyak kelapa sawit dunia iaitu bahan utama dalam sabun. Katanya lagi, permintaan yang tinggi ini menyebabkan hutan rainforests di Indonesia, Malaysia dan Papua New Guinea telah dimusnahkan dan diganti dengan pokok kelapa sawit. Oleh sebab itu populasi orangutan terancam.
Walaubagaimanapun, web tersebut menyatakan ada beberapa syarikat besar yang prihatin tentang isu ini seperti Body Shop dan Unilever yang menggunakan minyak kelapa sawit 'sustainable'.
Selalunya bila kita beli sabun atau produk kosmetik, kita cari lebel halal je, malas nak pikir apa kesannya kepada alamsekitar maupun kepada diri sendiri... Anda pula camna?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment